Promosi

Bakal jadi pengantin? Apakah persediaan anda untuk tampil hebat menawan di hari persandingan? Kini kami datangkan set khas untuk para pengantin bagi memenuhi keperluan kesihatan dan persediaan dari segi mental dah fizikal.



Pakej percubaan untuk bakal pengantin kini boleh di dapati di laman Seri Bakal Pengantin. Pembelian set seri bakal pengantin juga layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan. Jemput singgah...



HIGHLIGHT!!! Sijil2 pengesahan halal diiktiraf oleh Jakim & USA & halal INFANCA

Monday, February 27, 2012

Omega-3 Fatty Acids: A Novel Fat Burner




huh... sorry for being late... late to ofis seminit jerk weh... tensen betul. oohh... dan late nak update tentang burn fat by omega guard yang mengandungi omega-3. beno nyer nak update semalam tapi a bit bz dengan si kecil dan yang besar2 lagi 3 tu.

saya nak share satu artikel yang ditulis oleh seorang fitness trainer, Brad Schoenfeld tentang tajuk kat atas nih. boleh baca kat sini. artikel ini membincangkan bagaimana asid lemak omega-3 bertindak mengurangkan lemak2 dalam badan kita serta panduan pengambilan asid lemak omega-3 yang optimum.

sebagaimana yang saya janjikan sebelum ini, ada beberapa testimoni tentang pengurangan berat badan menggunakan omega-3 ini. teman seperjuangan telah sudi berkongsi ceritanya mengurangkan berat badan. sebelum ini mmg beliau fokuskan pada penggunaan lecithin utk mengurangkan berat badan tetapi kesan lebih baik diperolehi bila mula menggantikan lecithin kepada omega guard stelah mendapat maklumbalas dari pelanggan beliau sendiri. anda boleh membaca selanjutnya cerita anne di sini. apa yang ingin saya kongsikan disini ialah cara pengambilan dan perbezaan dengan pengambilan lecithin dari pengalaman anne.

Pengambilan omega guard ialah 3 biji sehari selepas sarapan pagi. tengaharinya beliau cuma mengalas perut dengan ESP + meal shake + performance drink. malam masih lagi kekenyangan kerana kerap minum air. bagaimana boleh kerap minum air? omega guard bersifat panas maka anda akan berasa kehausan. jika anda kekurangan cecair, penggunaan omega guard akan mengakibatkan anda demam. sebab tu untuk kanak2 hanya disarankan seminggu 2 atau 3 kali sahaja. keperluan lain untuk menjayakan proses mengurangkan berat badan ini ialah pengambilan fiber utk memudahkan proses perkumuhan dan mengelakkan sembelit. anda juga perlu menjalani proses detox dengan menggunakan herblax seminggu sekali. saya pula lebih suka menggunakan fiber unflavoured yang sangat2 best... nanti saya citer kat entry lain yaa....

Apa beza pengambilan omega dengan lecithin? pada pendapat anne, pengambilan lecithin akan buat beliau rasa mudah lapar, which is true. saya pun merasakan perkara yang sama... patut laa ada yang kata makin lapar bila ambil set langsing. apa pun lecithin masih lagi berfungsi sebagai pengurai lemak cuma tindakbalas pembakaran tak sepantas pengambilan omega guard. untuk ibu menyusu, pembakaran kalori juga berlaku ketika menyusukan dan mengepam susu maka penggunaan lecithin sudah memadai. bagi ibu yang tidak menyusu atau lelaki misalnya, pembakaran lemak lebih berkesan dengan pengambilan omega guard. jika ditambah dengan sedikit senaman, pembakaran akan berlaku lebih cepat lagi.

kata pelanggan anne :

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!"








apa kata pelanggan saya? jom rebut peluang hanya untuk 3 hari saja lagi dengan harga istimewa.... sila hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau di talian 012.764.07.60 untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut tentang produk... terima kasih kerana sudi membaca hingga bait terakhir... wassalam.



***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease***

Saturday, February 25, 2012

Omega Guard utk kurangkan berat badan


kenapa? tak picaya? aha... meh saya citer.
mekasih laa pada kawan seperjuangan, Syuhada yang telah sudi berkongsi info tentang fungsi omega-3 utk membantu mengurangkan berat badan. memang selama nih dok ingat omega nih utk otak jerk... dan lecithin jerk yang berfungsi utk mengurangkan lemak2 di badan. rupanya omega juga bagus untuk mengurangkan berat badan yang mana ia membakar lemak selain menjaga kesihatan jantung.

sumber yang diperolehi dari Nasional Institutes of Health (di sini) mengatakan
supplemen minyak ikan boleh membantu orang yang berlebihan berat badan dan mereka ang mempunyai tekanan darah tinggi untuk menurunkan berat badan. asid lemak omega 3 atau asid lemak politaktepu dijumpai dalam minyak ikan dianggap penting untuk diet anda kerana tubuh tidak dapat menghasilkannya.

asid lemak omega-3 membakar lemak dengan cara bertindakbalas dengan hormon leptin. leptin memberi isyarat kepada otak utk menyekat selera makan dan membuat anda kurang berselera utk makan dan ini akan dapat mengawal berat badan anda. leptin juga meningkatkan metabolisme dengan meningkatkan output tiroid. leptin juga menyebabkan badan anda membakar lemak untuk menghasilkan tenaga.

asid lemak omega 3 membantu anda mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah. dalam satu kajian menunjukkan pengambilan omega 3 disamping melakukansenaman bertindak membakar lebih banyak lemak berbanding orang yang mengambilnya tetapi tidak melakukan senaman. asid lemak omega 3 juga di dapati dapat menghalang pembentukan lemak berlebihan dalam badan.

kalau saya cerita saja tapi tak ada bukti mesti anda takkan percaya. on next entry saya akan kongsikan testimoni pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan omega guard. sesuai untuk semua golongan usia baik lelaki mahupun wanita, golongan tua dan juga kanak2.

Friday, February 24, 2012

the secret of omega guard reveal


pergghh... tajuk tak agak2.. huhuhu...
selamat hari jumaat. semoga dihari jumaat yang barokah ini kita dapat meningkatkan lagi amalan seharian kita... amin...

okeh... rini nak reveal tentang rahsia omega guard shaklee. pernah tak makan minyak ikan? masa kekecik dulu saya paling benci makan minyak ikan sebab hanyir... yang scott emulsion putih tu ler... nak telan pun rasa macam nak muntah... tapi tu dulu laa masa kekecik. skang nih di rak2 farmasi banyak terjual minyak ikan berbentuk kapsul. yang ini senang nak telan dan tak ler berbau mcm yang cecair tu kan.

apa yang bagusnya minyak ikan tu yer? kalau selama nih kita dengar minyak ikan nih utk otak, sebenarnya ada fungsi2 lain lagi yang menjadikan minyak ikan omega guard shaklee ini istimewa. jom kita tengok fungsi dan keistimewaan lain yang terkandung dalam omega guard :

1. Melindungi jantung anda.
penyakit jantung kekal menjadi salah satu punca utama kematian di dunia. omega guard shaklee pula membekalkan asik delamk omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
satu penyelidikan enunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA-DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. kajian ini juga menunnjukkan bahawa paras asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi2 sendi.

3. Minyak ikan terbaik di dunia
omega guard mengndungi satu rankaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dan lain2 lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan fungsi2 otak. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asik lemak omega 3.

4. Ultratulen dan bergred farmaseutikal
Dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

ada satu lagi fungsi omega guard yang pasti disukai oleh anda yang sedang berusaha utk mengurangkan berat badan iaitu ia juga berfungsi sebagai pembakar lemak. ini bermakna omega guard juga membantu untuk mengurangkan berat badan anda... wowWeee... !!! saya akan share dalam entry akan datang...

ohh... masih ada masa utk mendapatkan omega guard dengan harga istimewa iaitu sehingga 29 feb.... sila hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau di talian 012.764.07.60 untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut tentang produk... terima kasih kerana sudi membaca hingga bait terakhir... wassalam.

***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease***

Thursday, February 23, 2012

Jualan penghabisan stok! Hanya seminggu sahaja.


stok yang ada pada saya... hehehe... dapatkan pasangan yang berikut...

1. ESP + Omega guard utk mengurangkan berat badan. (wink! wink!)






2. Meal shake + omega guard sebagai makanan tambahan utk anak2 anda.



dan














hubungi saya utk mendapatkan harga kedua2nya pada harga luarbiasa... wink! wink!



bibimie@gmail.com



012.764.07.60

Saturday, February 18, 2012

Ibu dan isteri bagaikan nadi



yess.... cuti2 hujung minggu... seronok spend more time dengan si kecil hakimi dan melayan karenah anak2 yang lain. waktu2 beginilah mcm2 yang mereka ingin kongsikan tentang pengalaman bersama guru dan rakan2 disekolah. di kesempatan hujung minggu ini juga dapatlah meluangkan 5 minit waktu berkualiti utk mengajar anak2 membaca. budak2 bukan boleh bagi tumpuan lama2 pun... 5 minit pun dah cukup.


sebenarnya saya nak share tentang aktiviti waktu rehat yang panjang pada hari jumaat lepas. saya gunakan utk berjumpa kawan lama. dapat jumpa sekejap pun jadi laa... kawan serumah masa zaman bujang2 dulu. happy for her yang dah bertunang dan bakal menjadi raja sehari bulan hadapan... Tahniah...! dan selamat menjalani bahtera perkahwinan yang banyak cabaran dan dugaan. semoga berkekalan hendaknya.. aminn...


masa pertemuan tu kawan saya komplen naper kurus... huhu... rasanya biasa ajer. yerlah baru lepas pantang mesti laa ada kurus sikit... yer dak? bohong laa tadek orang turun berat badan dalam tempoh berpantang. rata2 ibu2 yang berpantang sangat menjaga pemakan terutama mengelakkan masakan berminyak... minuman berais... sudah tentu dengan mudah dapat menurunkan berat badan.


selain dari itu ada juga teguran tentang kulit muka... dah elok sikit nampak bersih, katanya... (dulu teruk sangat ker? hohoho... tak ingat). tiada apa yang nak dirahsiakan so saya share tentang pemakanan tambahan iaitu shaklee yang sangat membantu untuk mengekalkan kesihatan saya.


beliau nampaknya tidak menunjukkan minat dan saya juga tidak memaksa. rata2 yang saya temui ialah apabila keadaan kesihatan tidak tertanggu, tiada yang ambil pusing dengan supplement berbanding dengan mereka yang telah mengalami gangguan kesihatan sudah tentu ingin mencari penawarnya. bagi saya tidak salah untuk mengambil pemakanan tambahan pada waktu sihat kerana menjaga kesihatan lebih mudah dari mengubati penyakit. janganlah sudah terhantuk baru terngadah...


keperluan makanan tambahan ini amat perlu bagi mereka yang benar2 menghargai kesihatan. saya sendiri pun bertitik tolak dari keadaan kesihatan yang merosot menyebabkan saya mencari penawarnya lalu saya ditemukan dengan produk shaklee... alhamdulillah hingga kini saya sekeluarga kekal dengan kebaikan shaklee.


semakin kita meningkat usia semakin banyak yang perlu kita jaga sementelah semakin sibuk menjaga anak2, menjaga keperluan suami, memenuhi keperluan keluarga... semua itu hendaklah seiring dengan tahap kesihatan kita kerana menjadi isteri dan ibu seolah2 bagaikan nadi dalam institusi kekeluargaan yang akan bertungkus lumus memenuhi seluruh keperluan tersebut.


untuk teman yang saya kasihi, jagalah kesihatan dan penampilan diri kerana berkahwin pada usia yang agak lewat dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda mmg banyak cabarannya. semoga ikatan perkahwinan yang akan dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat... aminn...

Sunday, February 12, 2012

kepenting kalsium utk ibu hamil

salam selamat pagi... lama tak update. maaflah ya kalau ada yang ternanti2 entry terbaru. sedikit bizi dah dekat2 nak start kije nih... mcm2 persiapan nak kena buat from head to toe... hehehe... okehlah.. nak share tentang kepentingan kalsium yang tersiar di kosmo online. jom baca...



APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.


IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.


Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.


PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.


Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Wednesday, January 25, 2012

saya sayang kamu... it's for u



I luv U, Honey... hihi... kembang tak bila pasangan kita tujukan ucapan tu utk kita? mau kembang semangkuk... :) set ini sesuai digunakan sebagai tanda kasih dan penghargaan kita pada pasangan. sebagai pasangan yang prihatin... tentu kita mahukan kesihatan masing2 berada di tahap yang baik bagi menjalani kehidupan yang serba mencabar ini... bagi seorang isteri, jika surirumah tentu letih melayan karenah anak2 dan urusan rumahtangga. sama juga halnya dengan isteri yang bekerja. berkali2 ganda juga penatnya. lepas habis waktu pejabat kena pikul tugas sebagai seorang isteri dan ibu pula kadang2 sampai tak larat nak layan suami... betul kan? seorang suami juga tentu letih setelah seharian bekerja dan bagi suami yang bekerja keras pula, habis waktu ofis sambung pula kerja part time bagi menampung keperluan isi keluarga... hohh... letihnya tak terkata. bagi anda yang sering keletihan sepanjang minggu dan hubungan bersama pasangan semakin hambar, anda patut cuba set ini yang terdiri daripada gabungan vit E, ostematrix dan perforamance drink... jom kita tengok apa kelebihannya....
- sebagai antioksidan untuk antipenuaan serta mengurangkan kesan parut. kekal cantik utk pasangan anda.
- sebagai penggalak kepada hormon seksual (libido).
- melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kesan sindrom prahaid.
- menjaga kesihatan jantung serta mengekalkan kesihatan saraf dan otot.

- mengekalkan kesihatan tulang dan mengelakkan sindrom kerapuhan tulang.
- memberi lebih kerehatan dengan tidur yang lebih lena serta berkualiti.
- mengelakkan masalah kekejangan pada wanita hamil dan berperanan mengurangkan kesan sindrom prahaid.
- berkesan dalam merawat masalah sembelit yang lazim dialami wanita hamil dan sebagai penggalak penghasilan susu bagi ibu2 yang menyusukan bayi.

- bertindak sebagai "minuman bertenaga dengan elektrolit" bagi memastikan anda dapat mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
- mengelakkan dehidrasi terutama ketika dibulan Ramadhan.
- bagi pesakit diabetis, penggunaan PD dapat menghalang keinginan meminum minuman berperisa dan ia juga tidak mengandungi gula tambahan.
- sebagai penawar demam dan cirit birit juga bagi mengelakkan dehidrasi dan keletihan.

nah... serlahkan kasih sayang anda pada pasangan dengan pemberian set ini sebagai hadiah. semoga sama2 dapat merasai manfaatnya. oh yaa... sempena promosi ostematrix dan performance drink pada bulan ini, sudah tentu harga set ini lebih murah daripada biasa. sebarang pertanyaan tentang pesanan atau harga produk boleh hubungi saya melalui email bibimie@gmail.com atau sms/call di talian 012-7640760. sudi2kan yaa...